Ini adalah satu kes yang memang aku klasifikasikan sebagai kes berat dan perlu diatasi dengan segera. Mana taknya,dah ramai jadi mangsa. Aku tertarik untuk tulis entry tentang kes ini sebab kes sebegini amat membahayakan kaum wanita sebab si pelaku ni target untuk simbah asid kat wanita. Aku pun tak faham apa motif si pelaku yang aku kira tak layak dipanggil manusia. Langsung tiada hati perut. Mungkin si pelaku mengalami gangguan mental dan emosi yang kritikal dan sepatutnya menerima rawatan lanjut di hospital atau dengan pakar sakit jiwa.
Kes lelaki bermotor simbah asid di kawasan kuala lumpur kian kerap berlaku pada masa kini. Wanita adalah sasaran utama untuk mereka menyimbah asid ke muka mangsa. Pihak polis menyatakan bahawa kejadian ini dilakukan oleh penunggang motosikal dan masanya adalah malam bagi waktu kerja dan pagi semasa hari minggu.
Semenjak 2 Mac 2011 sehingga 7 Mei 2011, dilaporkan lebih 20 orang mangsa yang terkena simbahan asid bermula dengan cikgu dan 8 orang murid sekolah rendah di SK Bukit Bandaraya di Bangkung, Bangsar dan terbaru di Persiaran Titiwangsa yang melibatkan seorang wanita dan anaknya yang berumur 1 tahun yang berada di sekitar rumah.
Kawasan lain yang terlibat dengan simbahan asid (Taman Bandaraya, Brickfields, Pudu, Pusat Kuala Lumpur, Titiwangsa dan The Mall) adalah Jalan Tun Sambanthan, pintu belakang sekolah, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Conlay, Jalan Pudu Lama dan berhadapan shopping centre, Jalan Putra. Satu kes berlaku di Jalan Mantin, Negeri Sembilan.
Ini maklumat terbaru yang baru aku dapat daripada kawan aku kat Facebook. Jika anda terlihat sebuah motorsikal Honda EX5 nombor plat WPV 4963,sila berhati2 kerana itu adalah motorsikal suspek. Sumber daripada:Balai Polis Tun Razak.
Ini adalah gambaran awal muka suspek.
Kepada kaum wanita yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan sesiapa yang ingin ke Kuala Lumpur,berhati-hati walau di mana sahaja anda berada untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa simbahan asid oleh lelaki india misteri :)
No comments:
Post a Comment